The excited feeling
First time for this sensation
I feel like I’m under a spell
When I look at you
Hello Hello you shiny boy! Cupid’s arrow Has pierced my heart I shake (with excitement) when I see you.
| Doa orang yang Dizalimmi,:)
Thursday, October 27, 2011 | 0 comments
Haii, assalmualikum, sarah disini, nakk citer doa orang yang dizalimi, ni selalunya ALLAH, akan kabulkan doa nya, jadi, bayaklah berdoa kepada ALLAH :) Zalim adalah perbuatan yang dilaknat oleh Allah Taala. Apabila kita menzalimi seseorang, maka tidak akan ada hijab doanya dengan Allah Taala. Allah an kan mendengar secara terus permohonan doa mereka yang dizalimi tersebut, sama ada dari kalangan Muslim atau tidak, bahkan dari kalangan binatang yang berada di atas muka bumi ini. Terdapat dalam satu hadith bahawa terdapat tiga jenis doa' yang mustajab dan pasti Allah Taala akan memakbulkannya. Doa tersebut adalah doa orang yang sedang berpuasa, doa' orang yang dalm bermusafir dalam kebaikan dan doa' orang yang dizalimi. Yang termasuk dalam kategori orang yang dizalimi adalah apabila mereka difitnah, ditipu, dikhianati, dibohongi, diracun, disihir dan lain-lain lagi termasuklah keluarganya. Sejak zaman-berzaman, terdapat banyak tragedi kezaliman yang dilakukan oleh golongan yang berkuasa ke atas rakyatnya. Dalam Al-Qur'an terdapat amat banyak kisah-kisah yang boleh dijadikan tauladan tentang pelbagai bentuk kezaliman yang dilakukan oleh anak Adam apabila mereka memperolehi kekuasaan di atas muka bumi ini. Kita sudah maklum betapa zalim dan kejamnya Fir'aun pemerintan Mesir yang memperlakukan penindasan yang sewenang-wenangnya ke atas Bani Israel. Kemuncak kepada kekejaman tersebut adalah apabila Fir'aun mengarahkan kepada tenteranya supaya membunuh semua bayi laki-laki yang baru dilahirkan setelah tukang tenungnya meramalkan akan lahir seorang bayi lelaki yang apabila besar kelak akan meruntuhkan kerajaannya. Di penghujung kezalimannya, Fir'aun mengejar Nabi Musa dan orang-orang yang beriman untuk membunuh kesemuanya sehingga sampai di tepi laut merah. Kesudahannya dengan kuasa Allah Taala yang maha agung nabi Musa dan orang-orang yang beriman terselamat setelah laut merah terbelah dua. Akan tetapi nasib malang menimpa Fir'aun dan tenteranya apabila laut tersebut terncantum kembali ketika mana rombongan nabi Musa telah selamat sampai ke seberang. |